Sunday, February 16, 2014

Bercerita Tentang Negara Matahari Terbit – Percutian Salju – Hari kelima

Odaiba – Asakusa – Kyoto

Hari terakhir di Tokyo. Means it is goodbye between Fatha and us. Terima kasih Fatha bagi kami menumpang teduh, menumpang makan dan minum, menumpang mandi dan menumpang heater. Hehe. Terima kasih Fatha untuk segala jasa, budi baik Fatha melayan kami yang kadang2 bercakap tanpa henti, kadang2 berlawak bodoh dan sebagainya. Terima kasih yang tak terhingga sepanjang 3 malam di rumah awak ye. Sehingga berjumpa lagi :)

According to tentative programme today, kami akan ke Odaiba, we can called it as satellite city. Itu adalah first impression aku bila sampai kat Odaiba ni. From rumah Fatha (Gyotoku), we took Tozai Line to Tokyo station. From Tokyo lah kitorang ke Odaiba.

Sampai kat Odaiba, kitorang amek 1 day pass untuk round2 kat Odaiba ni dengan menaiki train. It is better amek one day pass sebabnya nanti kita akan banyak berhenti. Odaiba ni banyak tempat attraction. So, tak rugi ambil one day pass.







First pit stop kiorang adalh nak mencari Gundam, super duper besau Gundam tu. Hehe. Kitorang pergi lah ke shopping mall yang mengatakn ada Gundam tu. Agak kecewa sebabnya pertunjukkan Gundam besar tu sebelah malam. Jadi tak pe lah, kami proceed ke tempat lain dulu.

Kami singgah dekat Decks Tokyo Beach Island Mall. Mall ni best sebab banyak jual benda pelik2 jepun. Haha. Tujuan masuk sini nak gi Trick Art Museum. Macam kat I-City Shah Alam. Seronok jugak lah masuk. Tambang masuk 900 yen.

Then lepas berpossing pelbagai gaya, kami ke Madame Tussauds, dalam mall yang sama juga. Excited sangat nak masuk sebab ni pun cita2 jugak nak g House of Wax kat London. Nak tengok figura2 penting dimata dunia. Untuk dewasa 2000 yen. Once in a lifetime masuk. So, boleh lah bergambar dengan Barack Obama, Nelson Mandela, Brad Pitt, Princess Diana, James Cameroon, Madonna, Jackie Chan, Lady Gaga, Elbert Einstein, Angelina Jolie dan sebagainya. Ramai lah yang nak bergambar dengan aku. Ehhh! Hahaha 


Seterusnya misi mencari Fiji Tv station yang ada bola besar between two buildings. Dan memang menarik building ni, dulu masa degree lecturers selalu tunjuk gambar building ni time kelas. Hehe.


Nest station nak cari Statue of Liberty. Kalau tengok ke map yang ada statue tu macam jauh. So kami naik train untuk ke statue tu. Sesampainya dekat statue tu, rupa2 nya statue tu belakang Fiji Tv jooohhh! Sangat dekat sangat! Okay tak pe, as always sesat kannn. Haha. Kebetulan, masa sampai kat statue tengah sunset, so effect gambar memang cantik terutamanya dekat dengan laut. Sebabnya dekat dengan laut bangunan, bridge, even Tokyo Tower nampah tersangat cantik pada pandangan mata akulah. Hehe 




Fatha cakap dekat Aqua City Mall ada retoran yang ayamnya boleh dimakan. Aqua City dekat je Statue dan Fiji tv. Apalagi, ayam lah yang di cari. Haha. Dah lama tak jumpa ayam kann. Memang banyak sangat makan dan siap tapau lagi ayam bawa balik, letak dalam plastic! Aaaa perangai sangat. Haha 


Dan seterusnya, kami tak sempat ke Asakusa! Huwarghhh malam dah menjelma. Huhu. Memandangkan plan nak g Asakusa tak jadi, maka kami lepak lama dekat The Oven, makan banyak2 sampai kenyang gila. Haha. Pas tu tengok jam macam awal lagi nak g Tokyo station, kami ambil peluang yang ada ni mengelilingi Odaiba dengan menaiki train. Lagipun kami kan beli one day pass.

Seronok sebab boleh duk depan sekali dalam train, so boleh nampak semua Odaiba. Masa dalam train lah kami Nampak gundam besauu tu sedang berdiri gah! Huwarghhh terlepas nak bergambar dengan Gundam! Hewhew. Berlenggang2, sepoi2 je semua orang duk dalam train ni ye tengok pemandangan dan tanpa disedari jam dah dekat 8.30 malam! By this time, we should be at Tokyo statio sebabnya kami akan ke Kyoto malam ni dan bas pukul 10 malam. Kami jadi cuak sebabnya tak tahu kat mana stesen bas itu.

Sampai kat Tokyo statio dah pukul 9.30pm. ambil beg kat loker, terus berlari2 cari stesen bas. First time sepanjang duk Jepun ni berpeluh sakan. Haha. Berlari punya pasal, dengan barang yang banyak, hasil shopping semalam, mana tak berjurainya. Haha. Bye2 Tokyo, Kyoto here we come!

No comments:

Post a Comment