Kyoto – KIX – Rinku Town
Semalam kami merancang untuk menyewa Kimono.
Nagomi-Ryokan Yuu ni menyediakan perkhidmatan sewaan kimono, 1800 yen untuk
bergmbar sekitar ryokan ni. Tapi kalau nak sewa kimono dan berjalan2 luar jauh
dari ryokan ni harga dia berlainan.
Once in a lifetime. Dah sampai Jepun kann, why not try pakai kimono ni. Lama jugak lah nak pakainya. Dekat sejam kot. Lagipun kimono ni kan berlayer2. Tak tahu berapa layer. Tapi memang tebal. No wonder lah orang jepun yang berkimono sangat sopan jalanya, duduknya, bercakapnya. Sangat ketat tali yang diikat di perut. Sesak nafas dek nonnn oiiii!
Sewa kimono ni bukan apa, nak fefeeling gadis Jepun, walaupun kami tak de lah seputih dan sesepet dorang. Hehe. Possing sakan lah dekat ryokan tu. Seronok! Dah habis possing semua time untuk balik ke KIX! Dan again dorang hantarkan kami sampai ke teksi dengan lambaian terakhir dari mereka untuk kami. Sehingga berjumpa lagi uolsss!
Untuk ke KIX ada perkhidmatan limousine bus yang terus sampai ke airport. Harga tambang 2500 yen. Kami ambil bas tu dekat Hotel Keihan Kyoto. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Macam biasa semua orang tidur lenaaaa! Haha
Ada lagi misi yang tak tertunai. Semua orang tak beli lagi souvenir untuk lelaki2 dekat rumah. Beli untuk perempuan je. Haha. So, letak beg dalam loker, kami terus ke Rinku Towm again. Nasib baik jugak lah hari tu semua orang dah survey sikit2 nak beli apa, jadi tak ambil banyak masa lah untuk shopping.
Malam ni malam terakhir kat Jepun. Esok flight kami pukul 11 am. Malam ni bergelandangan semua orang melepak kat KIX. Memandangkan kami lapar, Mai dan Asha berusaha pergi cari bekas untuk buat mushroom soup. Kat Lawson (ala2 7 eleven) disediakan bekas dan air panas. Agak malang untuk kami juga sebab milo 3 in 1 bawa satu packet je. Maggie tertinggal dekat ryokan. So, makan lah mushroom soup dengan air milo yang di bahagi 4. Hihiksss.
Nasib baik semua orang bawa selimut, so boleh
lah buat selimutkan badan. Guards kat sini semua baik2. Masa aku tidur, dia
kejutkan suruh take care of your belongings. Ye lahhh kami main letak je
barang2, sebab dah penat dan tak mampu nak fikir. Hehe. Good night everybody! Nasib
baik kerusi ni empuk J
No comments:
Post a Comment