Tuesday, December 24, 2013

Bunga Bersajak

Kau adalah permata hiasan
Haruman mawar menerangi alam kelam
Kelam tiba-tiba pabila malam menjelma
Malam memang kelam dan gelap
Siang menjelma dikala ku keseorangan
Permata yang hilang tak mungkin diganti
Permata diganti dengan emas atau pandora
Maka mampu menyinari tangan-tangan yang memegang
Pandora tidak mungkin dapat mengganti permata yang hilang itu
Oh sucinya seorang perempuan
Sesuci buih-buih ombak pantai
Menghempas batu ditepian
Buih-buih pantai dicemari rona minyak
Ibarat pantai klebang yang ditambak
Lalu mengjangkiti kecantikan seorang wanita
Lalu ditumbuhi rona hitam
Oh klebang ku
Kecantikan abadi milik wanita
Saya perempuan Dove, I love it!
(nukilan: mawar & cempaka)


Kalau orang sastera baca puisi ni mesti sakit hati. Entah mana2 ayat yang bersambung tidak ada kaitan langsung. Haha. Inilah kejadahnya bila ber-whatsapp dengan roomate sendiri malam2, bila dah start melalut, mengarut ntah pape. 

Ni lah roomate aku Mawar (bukan-nama-sebenar). Mawar ni memang macam ni. She is cool and beautiful. Aku pun tak tahu nak cakap apa pasal Mawar ni. Haha. Nanti aku buat blog special edition untuk dia (kalau aku rajin lewww). Hahaha.

Untuk adik-adik yang nak ambil sastera kat luar tu, jangan jadikan puisi ini sebagai reference :)


Monday, December 2, 2013

Teh Ais Oh Teh Ais!

Mawar: Iqa, kau tak pernah beli air lain eh selain teh ais?
Aku: Pernah la. Limau ais.
Mawar: Yeke kau ni? Tipu.Hari-hari teh ais.
Aku: Aku kan setia. Ibarat cinta.
Mawar: Zzzzz

Aku pernah ditanya oleh Mawar (bukannamasebenar) kenapa aku suka sangat minum teh ais. Hari2 aku akan minum teh ais. Makan kat gerai ke, kat restoran ke, takkisah la mana2, teh ais jugak yang aku order. Jaranglah aku nak order air lain.

Aku pun tak faham jugakkenapaakusukasangatdengantehais.Bukanadekeistimewaan apa2 pun. Teh je pun kalaunakdibandingkandengan strawberry pudding milk tea chatimeke, mango smoothieske, nescafekatstarbuckske, etc2 lah. Yang pastitehaisjugak yang akusukakan.



Actually, kawan2 doktor aku pernah nasihat kat aku kurangkan minum teh. Sebabnya teh pun macam caffien, ada certain ingredient yang boleh membawa kepada penyakit. So that, aku pun try lah cari betul tak. Let’s check it out:

Iced tea contains high concentrations of oxalate, one of the key chemicals that lead to the formation of kidney stones, a common disorder of the urinary tract that affects about 10 percent of the population in the United States.  
"For people who have a tendency to form the most common type of kidney stones, iced tea is one of the worst things to drink," said Dr. John Milner, assistant professor, Department of Urology, Loyola University Chicago Stritch School of Medicine. 
Men are four times more likely to develop kidney stones than women, and the risk rises dramatically after age 40. Postmenopausal women with low estrogen levels and women who have had their ovaries removed also are at increased risk. 
Milner advised that people at risk for kidney stones should cut back on foods that contain high concentrations of oxalates, such as spinach, chocolate, rhubarb and nuts. They should ease up on salt, eat meat sparingly, drink several glasses of water a day and eat foods that provide adequate amounts of calcium, which reduces the amount of oxalate the body absorbs.
(Sumber: http://www.loyolamedicine.org/transplant/newswire/news/urologist-warns-iced-tea-can-contribute-painful-kidney-stones and http://www.sciencedaily.com/releases/2012/08/120802111332.htm)

Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan, pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal.

“Bagimereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.

Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon.Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.

(Sumber: http://penpatah.blogspot.com/2012/09/bahaya-minum-teh-panas-dan-teh-ais.html) 

so, tepuk dada tanya iman. hehehe

Thursday, November 28, 2013

Master oh Master!



Bila orang tanya;

Makcik Pakcik: Adik, buat ape sekarang?
Aku: Tengah belajar lagi.
Makcik Pakcik: Degree ke dik? Kat mana? Berapa tahun? Bila nak habis?
Aku: eh taklah. Tengah sambung Master kat UIA. insyaAllah tahun depan habislah. (senyum2)
Makcik Pakcik: Wah hebatnya dik. Muda2 dah sambung Master.Rajin adik nih. Habis Master nanti dapat kerja bagus2, gaji pun banyak kan dik?
Aku: InsyaAllah. *senyum. (tak tahu lagi apa akan jadi. Hewhew)

Bila orang tahu aku tengah sambung Master, begitulah reaksi orang. Hakikatnya aku sambung Master ni ada sebabnya. Kalau nak dikira, aku dah kerja setahun.Kerja sebagai assistant architect seronok je.Tapi aku lebih suka nak belajar sebab student banyak masa free nak berjimba! Haha

Sambung Master coursework ni seronok. Belajar benda yang baru.Cuma masalah aku adalah bila nak viva. Aku paling lemah bab2 presentation oral.Sebabnya aku cepat nervous. Dan bila kena tanya soalan cepucemas yang aku tak boleh nakjawab, aku akan serta merta blank, hitam, kelam. Dan macam biasa aku akan jadi kelam kabut, gelabah, terus muka tegang. Itulah masalah aku dari sekolah sampailah sambung Master ni. Harap2 time viva nanti aku ade kekuatan lahiriah dan zahiriah. Erghhhh~

Sempena final sem (tenga hme nanti waktu viva, so banyak masa free), aku nak kongsi sikitlah pengalaman amek Master di usia muda nih. Memang di galakkan untuk sambungMaster @ belajar time muda dan bertenaga.Tidak bermakna yang dah berumur or dah kahwin tidak digalakkan.Sebabnya arwah Abah dulu sambung degree masa anak dah 5.Hehe

Bahan-bahan nak sambung Master

1. Kewangan
Before enrollment, make sure dah ade system kewangan yang kukuh. Misalnya buat pinjaman MARA, biasiswa JPA, myBrain15, tak kesah la pinjaman ke atau biasiswa.Nanti masa belajar banyak pakai duit especially masa tengah buat thesis.Kalau dapat sponsorship dari  university atau temapat kerja dulu lagi best. Haha

2. Minat
Ni penting. Masa pilih tajuk dissertation/thesis, pasti kan tajuk tu masuk dengan jiwa raga kita.Jangan main pilih.Contohnya supervisor bagi kita tajuk, sebab tiada choice so kita amek je. Jangan macam tu. Nanti menyesal buat tajuk yang kita tak minat. Kalau salah pilih nanti takut kecundang di tengah jalan dan tak sempat siapkan thesis on time.

3. Masa
Masa itu emas.Jangan buang masa.Time degree dulu kita banyak kelas.Masa Master nih kelas tak ada sangat. So, semua depends kat kita macam mana nak adjust masa dengan betul. Buat kerja siap on time.Kena kuatkan semangat and kena ade target yang betul.

4. Attitude
Mesti kena rajin.Kalau tak rajin maka rojaklah nanti thesis kita.Haha.Rajin di sini bukan rajin makan, rajin main bola, etc2.Tapi mestilah rajin membaca, cari articles, journal, bahan2 untuk di masuk kan dalam thesis. Kalau bab membaca ni mesti semua orang banyak alasan. That is why lah kena rajin, hari2 mengahdap baca journal dan books. Boleh muntahweiiii. erghhhh

Ni lah serba sikit pengalaman aku, apa yang aku rasa sepanjang setahu setengah buat Master ni. Masa buat Master ni kita akan keseorangan sebanya thesis siap ataut ak depends kat kita. Kawan2 sekeliling ada je, dan mereka sentiasa membantu. Alhamdulillah sepanjang sambung Master ni terutamanya keluarga banyak membantu, support, kasihsayang tak berbelah bagi. Sahabat2 disekeliling pun cukup memahami.Tolong each other kalau susah. Terimakasih Allah.

Semester ni pun berbaki sebulan lebih je lagi. Sekarang aku tengah tunggu masa viva.Harap2 semuanya berjalan lancar.insyaAllah. And kat sini nak letak lah sikit penghargaan kat semua yang membantu:


SUPPORT SYSTEM

KELUARGA:
Mama & Abah
Siti Saloma Mohamad
Mohamad Hanafiah Ibrahim
Razali Ngah

Adik-beradik
Aimie Nadirah
Alifah Mardhiah
Athirah Nazihah
Amier Hamzah
Asyrul Hizamie

Anaksaudara
Nik Nur Insyirah Nasuha
Nik Mohd Amin
Nik Nur Irdina Humaira
Nik Mohd Alee
Nik Nur Inas Sumayyah
Akid Nazmi

Who inspire me on reading and learning, for their endless love, invaluable support, understanding and stand by me from my ups and downs.



SUPERVISORS
Asst. Prof. Dr. Shafiee Shuid
Asst. Prof. Dr. Norzailawati Mohd Noor

For the useful comments and remarks through the learning process as well as in educating me with knowledge

SAHABAT & TEMAN
Master of Urban and Regional Planning (M.URP)
Nor ‘Adilah Habsirun
Maisarah Alias
Farhana Ramli
Siti Radhiah Md Merzuki
Siti Nurul Ain Mohd Zawawi
Nik Nadia Izyan Jamil
Siti Fatimah Zahra’ Abdul Kadir
Siti Nazirah Kamaruddin
Marina Mohd Nor

Masterof Science in Built Environment (M.s.BE)
Noor Fatehah Mat So’od
Fatin Zahida Abu Hassan
Nurul Izzati M.Bakri
Siti Nur ‘Alia Mohd Thani
Nik Noor Azirah Mohamed Noor
Nur Syamimi Baharudin
Norhafizatulakmar Sulaiman
‘Izzah Adibah Ismail

Special Thanks
Amirah Syazana Mohd Arif
Nik Noor Azila Abdullah
Nurul Izzad Mohamed

For their sincere friendship, priceless support, hold me tight when I fall and cheer me up when I am down






Dan kepada yang lain2 juga, kawan2 ex-YTB, ex-TPG, Geng Highway, Perbadanan Putrajaya (Mr.Sim) dan penduduk Precinct 9, Putarajaya.Hanya Allah dapat membalas jasa anda semua

Monday, November 4, 2013

MAMA SALOMA

5 November 2013, bersamaan 1 Muharram 1435. Salam Maal Hijrah untuk semua Muslimin dan Muslimat. Hijrah, perpindahan, perubahan. Luas ertinya, luas maksudnya. Tidak hanya tertumpu pada penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam kata lain hijrah, perubahan diri dari yang tidak baik kepada yang lebih baik, dari mendedahkan aurat kepada menutup dan menjaga segala batas, dari malas kepada rajin berusaha. Mungkin ini pengertian hijrah bagi aku.

Sebagaimana yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Sedikit coretan mengenai Maal Hijrah. dan hari ini, 5 November juga merupakan hari ulangtahun wanita paling penting dalam hidup aku, Mama. Ulangtahun ke 50 Mama.

Hanya sekadar lawak:

Kawan: Iqa, awak panggil mak awak Mama?
Aku: Haah. Kenapa?
Kawan: Pelik lah orang KELANTAN panggil mak dia MAMA. Biasenya panggik mak ke, ma ke
Aku: Hmmmm (speechless beb!)

Kenapa? Pelik ke Orang KELANTAN panggil mak nya MAMA? Hahaha

Mama, diberi nama Siti Saloma bt Mohamad dilahirkan di Wakaf Bharu, Kelantan pada 5 November 1963. Jika aku cakap Mama aku namanya saloma semua orang tak percaya. Hmmm. According to my beautiful grandmother, my Tok Ayah gave name to his girl Saloma because he loved Saloma, the entertainer during 50s and 60s. Saloma, primadona terunggul Malaya suatu ketika dulu. Dan Saloma kini Ratu hati sanubari kami semua.

Mama ni garang dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. Hidup kami adik beradik penuh dengan protocol yang Mama aturkan. Pelbagai protocol yang disediakan. Jadual waktu kami disusun dengan rapi. Ni haaa, setiap pagi ada spotcheck bilik tidur, cadar mesti tegang. Sebelum pukul 7 petang dah kene siap2 mandi sebab lepas maghrib nak g mengaji. Lepas ambil ambil barang contohnya nail clipper mesti letak tempat asal. Kalau tak bebel nya habis 2 filem Hindustan aku tengok. Lipat baju mesti sama dari atas sampai bawah. Tidak dibenarkan gantung towel dalam bilik, sila gantung ditempat yang disediakan. Baju di ampaian mestilah dalam kedudukan yang sama, tak boleh senget.


Dalam family, aku lah paling nakal, paling malas, paling hitam, paling pendek (black sheep.huhu). selalu jugak lah kena rotan, kena cubit sebabnya selalu ikut sepupu2 lelaki aku pergi sawah, lastik burung, panjat pokok, naik basikal pusing satu kampong. Balik rumah mesti baju kotor, comot. That’s is why lah kena marah. hehe

Mama seorang yang kuat dan tabah. Mama kehilangan suami pada usia 34 tahun. Dan kami kehilangan ayah ketika masih kecil dan di bangku sekolah. Selepas kehilangan yang besar itu, maka hidup kami seratus peratus berubah. Tapi syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran Mama kami masih lagi berdiri teguh, masih lagi mampu memiliki apa yang orang lain ada. Jika dulu, Mama adalah suri rumah sepenuh masa. Sekarang, tidak lagi. Semua yang berlaku mesti ada hikmah. Think positive bebehhh

Wanita dua Generasi

Jika disoroti kembali sejarah lama, pasti ia meninggalkan kesan dalam kehidupan Mama. Demi kami adik beradik, semua Mama buat. Demi kami, Mama sanggup bersusah payah. Dan kini, kami dah besar. Dah sampai masanya kami membalas balik jasa baik Mama.

Dan sempena ulangtahun Mama yang ke50, (jubli emas la kan) insyaallah tahun depan iqah cari menantu untuk Mama. Hahahahaha


Surat kecil untuk Mama;

Dari munculnya matahari
Hingga pulangnya sang suria
Kau masih menginjak di bumi ini
Kau masih tabah berkeringat

Dari kereta merah Abah
Hingga ke kereta hijau Mama
Terus terusan bersusah
Demi anak-anak kecil mu ini

Dari kami kecil
Hingga kami dewasa
Kepadamulah kami menumpang bahagia
Kepadamulah kami memohon bicara

Segaris senyumanmu pengubat luka
Tawamu pencetus semangat
Belaian mu penyembuh lara
Air matamu mendewasakan kami

Cinta hatiku. Sentiasa bersama sukaduka pahit manis kehidupan.
Terima Kasih Mama


Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil


Famliy baru dan besar :)

Saturday, September 28, 2013

C.I.N.T.A



‘Makan tak boleh dipaksa ibarat cinta’

A: Sudah lah kau. Kalau tak nak makan tinggal je kat situ. Tak payah nak bagi banyak alasan.
B: Dah2. Meh sini aku habiskan.
C: Malas nak layan. Ergghhh~


Aku: Lalalalala~


Aku ad quote aku sendiri. Tapi ini terjadi bile aku tak nak habiskan makanan. Dan reaksi kawan2 aku macm tu lah. Dah malas nak layan aku. Haha. Aku bukan nak cerita pasal makan. Tapi kali ini pasal CINTA. Cinta??? I am in the mood of love. Love in the air. Chup2. Ini tidak bermakna I am in love ok. Hehe


Seronok dibuai persaan cinta. Ada yang menunggu, menerima, membenci, mengambil berat, memujuk, dan sebagainya. Perasaan cinta itu indah. zzzZZZzzzzZZ


SITUASI CINTA 1


Leman meminati Gayah sejak sekian lama. Dia memendam rasa. Dia mengumpul duit PTPTN nya untuk mebelikan Gayah tedi bear pink. Namun, Gayah tetap dengan pendirian dia. Gayah menolak Leman dengan baik. Leman tetap berusaha. Melati, kawan baik Gayah berusaha untuk membantu Leman. Ala-ala orang tengah lah. Tapi Gayah tetap dengan pendirian dia.


Dulu,

Leman: Aku tetap akan tunggu Gayah walau beribu tahun sekalipun. Aku sayang dia. Ap kurang nya aku. Hensem apaaaaa~
Melati: Kau cari lah orang lain Leman. Gayah susah sikit bab2 hati dan perasaan nih.
Leman: Tak nak! Aku akan tunggu dia jugak
Melati: Hmmm~


Sekarang,

Leman: Hello, Melati. Aku nak kahwin bulan depan.
Melati: Tahniah! Dengan Gayah ke?
Leman: Eh tak lah. Dengan Melur.
*Dalam hati Melati: Haihh, dulu kemain kau nak tunggu, tak nak cari orang lain lah. Pape lahhh


SITUASI CINTA 2


Zaman sekolah menengah.

Dolah: Cempaka, aku cinta kau.
Cempaka: Aku pun *tersipu2 malu
 

Zaman berkerjaya

Cempaka: Kemboja, aku rindu kat Dolah. Hari2 aku mimpikan Dolah. Makan, tidur, kat opis asyik nampak  dia je.
Kemboja: Dah dah kau ingat kat Dolah tu. Dah lama korang putus kan. Dah berbelas tahun kau pendam perasaan tu. Ntah2 dia sekarang ni dah ada girlfriend. Kau cari lah yang lain.
Cempaka: Ntah lah Kem. Aku tak boleh lupkan dia. Sampai sekarang. Kalau dia dah ade girlfriend pun tak salah aku nak tunggu dia kan.
Kemboja: Move on lah! Tak payah tunggu dia


Pelbagai situasi dalam percintaan ni kan. Yang setia, yang tak setia. Ada orang cakap lelaki sukar nak setia dan ada orang cakap perempuan senang nak meninggalkan boyfriendnya. Tak tahu lah kan.

Cinta. Apa definisi cinta. Bercinta ni banyak definisi bagi aku.  Cinta dan sayang. Sama ke tak? Aku pon tak tahu. Haha. Yang pasti orang akan bahagia dengan cinta. Cinta luas maksud nya. Cinta sesama manusia, cinta antara mak ayah, cinta bersama keluarga dan cinta yang hakiki cinta kepada ALLAH.

Dan sekarang aku masih mencari apa yang perlu dicari untuk melengkapkan apa yang tidak lengkap dalam kehidupan ini