Saturday, February 15, 2014

Bercerita Tentang Negara Matahari Terbit: Percutian Salju – Hari Kedua


Roppongi – Omotesando - Meiji Shrine – Harajuku– Shibuya – Gyotoko  

Perjalanan dari Osaka ke Tokyo mengambil masa 8 jam menggunakan perkhidmatan Willer Express. Dan sepanjang malam perjalanan kitorang semua lena di buai mimpi. Penat semalam berjalan seharian. Jejak je kaki kat Tokyo, terkejut melihat semua orang pakai jaket hitam berjalan dengan lajunya. Laju sangat dorang jalan. Kitorang dah la jalan lambat, bawa barang terkedek2. Haha. Culture macam ni tak ada kat Malaysia kannn. Seperti biasa, sesampainya di stesen Tokyo, kami akan mencari toilet dan coin locker.

Untuk hari ni kitorang akan berjalan2 di sekitar Roppongi. Roppongi is a big city, banyak high rise buildings here. Ni macam petempatan orang kaya jugak lah. Berjalan2, and kitorang terjumpa black giant spider. Hehe super excited *spider je pun*.


Roti yang dimakan ni keras macam ais dahhtapi memandangkan lapar sangat, maka makan je la. hehe

High-rise buildings.

Black Giant Spider
Omotesando
Kawasan ni macam lebih kurang Singapore yang ada giant sky tree, yang dipanggil Roppongi Hills. Pembinaan taman di atas pedestrian walking bridge. And from here we can see Tokyo Tower. next to Asahi Tv station, ada Mori Garden, ala2 park kat New York,whick park within a city. Tapi rationya ai kecil je. hehehe. After that, kitorang singgah kat Asahi Tv Station. Excited lagi sebab dalam dulu ade pameran anime2 dan filem2 yang di publish oleh tv station itu. Contohnya, Doreamon.

Mori Garden

Doraemon dan pintu suka hati
Kalau gi Jepun tak sah kan tak gi shrine or temple dia. Berpandukan pada map yang kitorang dapat, since we don’t have internet connection, kitorang tersesat beberapa kali untuk cari Meiji Jingu Shrine. Dan kebiasaan lah kalau tersesat kat Negara orang kannn. Hehe

Map itu sangat2 lah membantu dan orang2 kat sana sangat pemurah untuk menolong walaupun dorang tak boleh berbahasa inggeris sangat. But they help us much. Actually, next to Meiji Shrine tu ada je train. Aaaaaa penat je kitorang jalan kaki. Dah la jauh. Haha 

Map yang sangat berguna
Meiji Shrine ni one of the oldest shrine in Tokyo. According to history, The shrine was completed and dedicated to the Emperor Meiji and the Empress Shoken in 1920, eight years after the passing of the emperor and six years after the passing of the empress. The shrine was destroyed during the Second World War but was rebuilt shortly thereafter. (Sumber: http://www.japan-guide.com/e/e3002.html)

Shrine ni besar la jugak. From the entrance, banyak pokok2 yang merimbun. Pelik jugak actually pokok2 ni hijau je daun dia tapi yang luar dari shrine ni contohnya dekat Bandar semua pokok tak ada daun. Hmmm. And according to history as well, setiap pokok yang di tanam dalam shrine complex ni ditanam oleh setiap seorang rakyat mereka dahulu kala.

Main entrance Meiji Shrine


Dekat dengan Meiji Shrine ada temapat macam harujuku. Street shopping centre also. Ingat kan boleh la jumpa dengan manusia yang berpakian pelik2 ala2 anime manga, tapi tak rezeki. Dulu selalu teringin nak bergambar dengan orang yang pakai cosplay ni. Hehe 

Kat sini lah kiorang beli souvenir. Sebab alang2 dah kat tempat macam ni, better beli terus even hari ni baru second day. Tshirt2 biasanya berharga 1000 yen, fridge magnet 400 yen, chopstick 500 yen (ada 6 pairs). Paling best beli perfume banyak2 sebab kat sana kan duty free. Hehe berbaloi2 lahhh. 
 
Shopping dulu :)
Jalan2 punya jalan tak sedar hari nak malam dah even waktu tu baru pukul 5 petang dan cuaca tak payah cakap lahh. Memang sejuk gilaaa! Kiotang tetap teruskan perjalanan ke Shibuya, where is the most hectic place in Japan. Kereta bersimpang siur. Orang yang lalu lalang pun ramai. Non-stop. Hehe 

Happy faces walaupun dah menggigil semua orang
Shibuya
Hari ni pun penat sangat2, semua orang kaki dah rasa macam nak tercabut. Dah malam sangat, dan cuaca pun sejuk sangat, dan perut pun dah lapar gilaaa, we need to go back home. Kat Tokyo ni kami menumpang teduh di rumah Fatha Ema, adik kepada kawan kitorang kat UIA. Fatha belajar kat sana dan kebetulan sangat time kitorang gi Jepun, Fatha baru je submit thesis dia. Sampai je kat rumah Fatha kat Gyotoku, terus semua orang mandi dan masak Maggie. Aaaa lapar dan letih sangat! Dan first time dapat tempat tidur yang sempurna dan selesa. Zzzzzzzz

1 comment: