‘Makan tak boleh dipaksa ibarat cinta’
A: Sudah lah kau. Kalau tak nak makan tinggal je kat situ. Tak payah
nak bagi banyak alasan.
B: Dah2. Meh sini aku habiskan.
C: Malas nak layan. Ergghhh~
Aku: Lalalalala~
Aku ad quote aku sendiri. Tapi ini terjadi bile aku tak nak habiskan
makanan. Dan reaksi kawan2 aku macm tu lah. Dah malas nak layan aku. Haha. Aku
bukan nak cerita pasal makan. Tapi kali ini pasal CINTA. Cinta??? I am in the
mood of love. Love in the air. Chup2. Ini tidak bermakna I am in love ok. Hehe
Seronok dibuai persaan cinta. Ada yang menunggu, menerima, membenci, mengambil
berat, memujuk, dan sebagainya. Perasaan cinta itu indah. zzzZZZzzzzZZ
SITUASI CINTA 1
Leman meminati Gayah sejak sekian lama. Dia memendam rasa. Dia
mengumpul duit PTPTN nya untuk mebelikan Gayah tedi bear pink. Namun, Gayah
tetap dengan pendirian dia. Gayah menolak Leman dengan baik. Leman tetap
berusaha. Melati, kawan baik Gayah berusaha untuk membantu Leman. Ala-ala orang
tengah lah. Tapi Gayah tetap dengan pendirian dia.
Dulu,
Leman: Aku tetap akan tunggu Gayah walau beribu tahun sekalipun. Aku
sayang dia. Ap kurang nya aku. Hensem apaaaaa~
Melati: Kau cari lah orang lain Leman. Gayah susah sikit bab2 hati dan
perasaan nih.
Leman: Tak nak! Aku akan tunggu dia jugak
Melati: Hmmm~
Sekarang,
Leman: Hello, Melati. Aku nak kahwin bulan depan.
Melati: Tahniah! Dengan Gayah ke?
Leman: Eh tak lah. Dengan Melur.
*Dalam hati Melati: Haihh, dulu kemain kau nak tunggu, tak nak cari
orang lain lah. Pape lahhh
SITUASI CINTA 2
Zaman sekolah menengah.
Dolah: Cempaka, aku cinta kau.
Cempaka: Aku pun *tersipu2 malu
Zaman berkerjaya
Cempaka: Kemboja, aku rindu kat Dolah. Hari2 aku mimpikan Dolah. Makan,
tidur, kat opis asyik nampak dia je.
Kemboja: Dah dah kau ingat kat Dolah tu. Dah lama korang putus kan. Dah
berbelas tahun kau pendam perasaan tu. Ntah2 dia sekarang ni dah ada
girlfriend. Kau cari lah yang lain.
Cempaka: Ntah lah Kem. Aku tak boleh lupkan dia. Sampai sekarang. Kalau
dia dah ade girlfriend pun tak salah aku nak tunggu dia kan.
Kemboja: Move on lah! Tak payah tunggu dia
Pelbagai situasi dalam percintaan ni kan. Yang setia, yang tak setia. Ada
orang cakap lelaki sukar nak setia dan ada orang cakap perempuan senang nak
meninggalkan boyfriendnya. Tak tahu lah kan.
Cinta. Apa definisi cinta. Bercinta ni banyak definisi bagi
aku. Cinta dan sayang. Sama ke tak? Aku
pon tak tahu. Haha. Yang pasti orang akan bahagia dengan cinta. Cinta luas
maksud nya. Cinta sesama manusia, cinta antara mak ayah, cinta bersama keluarga
dan cinta yang hakiki cinta kepada ALLAH.
Dan sekarang aku masih mencari apa yang perlu dicari untuk melengkapkan
apa yang tidak lengkap dalam kehidupan ini
