5 November 2013, bersamaan 1 Muharram 1435. Salam
Maal Hijrah untuk semua Muslimin dan Muslimat. Hijrah, perpindahan, perubahan. Luas
ertinya, luas maksudnya. Tidak hanya tertumpu pada penghijrahan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Dalam kata lain hijrah, perubahan diri dari
yang tidak baik kepada yang lebih baik, dari mendedahkan aurat kepada menutup
dan menjaga segala batas, dari malas kepada rajin berusaha. Mungkin ini
pengertian hijrah bagi aku.
Sebagaimana yang ditulis oleh Prof. Madya Dr.
Ab. Aziz Mohd. Zin
Roh Ma’al Hijrah
memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif
yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan
Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam
sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.
Sedikit coretan mengenai Maal Hijrah. dan hari
ini, 5 November juga merupakan hari ulangtahun wanita paling penting dalam
hidup aku, Mama. Ulangtahun ke 50 Mama.
Hanya sekadar lawak:
Kawan: Iqa, awak panggil mak awak Mama?
Aku: Haah. Kenapa?
Kawan: Pelik lah orang KELANTAN panggil mak dia
MAMA. Biasenya panggik mak ke, ma ke
Aku: Hmmmm (speechless beb!)
Mama, diberi nama Siti Saloma bt Mohamad
dilahirkan di Wakaf Bharu, Kelantan pada 5 November 1963. Jika aku cakap Mama
aku namanya saloma semua orang tak percaya. Hmmm. According to my beautiful
grandmother, my Tok Ayah gave name to his girl Saloma because he loved Saloma,
the entertainer during 50s and 60s. Saloma, primadona terunggul Malaya suatu
ketika dulu. Dan Saloma kini Ratu hati sanubari kami semua.
Mama ni garang dan tegas dalam mendidik
anak-anaknya. Hidup kami adik beradik penuh dengan protocol yang Mama aturkan. Pelbagai
protocol yang disediakan. Jadual waktu kami disusun dengan rapi. Ni haaa,
setiap pagi ada spotcheck bilik tidur, cadar mesti tegang. Sebelum pukul 7
petang dah kene siap2 mandi sebab lepas maghrib nak g mengaji. Lepas ambil
ambil barang contohnya nail clipper mesti letak tempat asal. Kalau tak bebel
nya habis 2 filem Hindustan aku tengok. Lipat baju mesti sama dari atas sampai
bawah. Tidak dibenarkan gantung towel dalam bilik, sila gantung ditempat yang
disediakan. Baju di ampaian mestilah dalam kedudukan yang sama, tak boleh
senget.
Dalam family, aku lah paling nakal, paling
malas, paling hitam, paling pendek (black sheep.huhu). selalu jugak lah kena
rotan, kena cubit sebabnya selalu ikut sepupu2 lelaki aku pergi sawah, lastik
burung, panjat pokok, naik basikal pusing satu kampong. Balik rumah mesti baju
kotor, comot. That’s is why lah kena marah. hehe
Mama seorang yang kuat dan tabah. Mama kehilangan
suami pada usia 34 tahun. Dan kami kehilangan ayah ketika masih kecil dan di
bangku sekolah. Selepas kehilangan yang besar itu, maka hidup kami seratus
peratus berubah. Tapi syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran Mama kami masih
lagi berdiri teguh, masih lagi mampu memiliki apa yang orang lain ada. Jika dulu,
Mama adalah suri rumah sepenuh masa. Sekarang, tidak lagi. Semua yang berlaku
mesti ada hikmah. Think positive bebehhh
| Wanita dua Generasi |
Jika disoroti kembali sejarah lama, pasti ia
meninggalkan kesan dalam kehidupan Mama. Demi kami adik beradik, semua Mama
buat. Demi kami, Mama sanggup bersusah payah. Dan kini, kami dah besar. Dah sampai
masanya kami membalas balik jasa baik Mama.
Dan sempena ulangtahun Mama yang ke50, (jubli
emas la kan) insyaallah tahun depan iqah cari menantu untuk Mama. Hahahahaha
Surat kecil untuk Mama;
Dari munculnya matahari
Hingga pulangnya sang suria
Kau masih menginjak di bumi ini
Kau masih tabah berkeringat
Dari kereta merah Abah
Hingga ke kereta hijau Mama
Terus terusan bersusah
Demi anak-anak kecil mu ini
Dari kami kecil
Hingga kami dewasa
Kepadamulah kami menumpang bahagia
Kepadamulah kami memohon bicara
Segaris senyumanmu pengubat luka
Tawamu pencetus semangat
Belaian mu penyembuh lara
Air matamu mendewasakan kami
Cinta hatiku. Sentiasa bersama sukaduka pahit
manis kehidupan.
Terima Kasih Mama
Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani
soghiro
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu
bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan
mendidikku di masa kecil
| Famliy baru dan besar :) |
:) dang ke cari sulaiman taun depan?hihi
ReplyDeletehahaha sulaiman ade je depan mata;p.miahaha
Delete:) dang ke cari sulaiman taun depan?hihi
ReplyDelete