Monday, November 4, 2013

MAMA SALOMA

5 November 2013, bersamaan 1 Muharram 1435. Salam Maal Hijrah untuk semua Muslimin dan Muslimat. Hijrah, perpindahan, perubahan. Luas ertinya, luas maksudnya. Tidak hanya tertumpu pada penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam kata lain hijrah, perubahan diri dari yang tidak baik kepada yang lebih baik, dari mendedahkan aurat kepada menutup dan menjaga segala batas, dari malas kepada rajin berusaha. Mungkin ini pengertian hijrah bagi aku.

Sebagaimana yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Sedikit coretan mengenai Maal Hijrah. dan hari ini, 5 November juga merupakan hari ulangtahun wanita paling penting dalam hidup aku, Mama. Ulangtahun ke 50 Mama.

Hanya sekadar lawak:

Kawan: Iqa, awak panggil mak awak Mama?
Aku: Haah. Kenapa?
Kawan: Pelik lah orang KELANTAN panggil mak dia MAMA. Biasenya panggik mak ke, ma ke
Aku: Hmmmm (speechless beb!)

Kenapa? Pelik ke Orang KELANTAN panggil mak nya MAMA? Hahaha

Mama, diberi nama Siti Saloma bt Mohamad dilahirkan di Wakaf Bharu, Kelantan pada 5 November 1963. Jika aku cakap Mama aku namanya saloma semua orang tak percaya. Hmmm. According to my beautiful grandmother, my Tok Ayah gave name to his girl Saloma because he loved Saloma, the entertainer during 50s and 60s. Saloma, primadona terunggul Malaya suatu ketika dulu. Dan Saloma kini Ratu hati sanubari kami semua.

Mama ni garang dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. Hidup kami adik beradik penuh dengan protocol yang Mama aturkan. Pelbagai protocol yang disediakan. Jadual waktu kami disusun dengan rapi. Ni haaa, setiap pagi ada spotcheck bilik tidur, cadar mesti tegang. Sebelum pukul 7 petang dah kene siap2 mandi sebab lepas maghrib nak g mengaji. Lepas ambil ambil barang contohnya nail clipper mesti letak tempat asal. Kalau tak bebel nya habis 2 filem Hindustan aku tengok. Lipat baju mesti sama dari atas sampai bawah. Tidak dibenarkan gantung towel dalam bilik, sila gantung ditempat yang disediakan. Baju di ampaian mestilah dalam kedudukan yang sama, tak boleh senget.


Dalam family, aku lah paling nakal, paling malas, paling hitam, paling pendek (black sheep.huhu). selalu jugak lah kena rotan, kena cubit sebabnya selalu ikut sepupu2 lelaki aku pergi sawah, lastik burung, panjat pokok, naik basikal pusing satu kampong. Balik rumah mesti baju kotor, comot. That’s is why lah kena marah. hehe

Mama seorang yang kuat dan tabah. Mama kehilangan suami pada usia 34 tahun. Dan kami kehilangan ayah ketika masih kecil dan di bangku sekolah. Selepas kehilangan yang besar itu, maka hidup kami seratus peratus berubah. Tapi syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran Mama kami masih lagi berdiri teguh, masih lagi mampu memiliki apa yang orang lain ada. Jika dulu, Mama adalah suri rumah sepenuh masa. Sekarang, tidak lagi. Semua yang berlaku mesti ada hikmah. Think positive bebehhh

Wanita dua Generasi

Jika disoroti kembali sejarah lama, pasti ia meninggalkan kesan dalam kehidupan Mama. Demi kami adik beradik, semua Mama buat. Demi kami, Mama sanggup bersusah payah. Dan kini, kami dah besar. Dah sampai masanya kami membalas balik jasa baik Mama.

Dan sempena ulangtahun Mama yang ke50, (jubli emas la kan) insyaallah tahun depan iqah cari menantu untuk Mama. Hahahahaha


Surat kecil untuk Mama;

Dari munculnya matahari
Hingga pulangnya sang suria
Kau masih menginjak di bumi ini
Kau masih tabah berkeringat

Dari kereta merah Abah
Hingga ke kereta hijau Mama
Terus terusan bersusah
Demi anak-anak kecil mu ini

Dari kami kecil
Hingga kami dewasa
Kepadamulah kami menumpang bahagia
Kepadamulah kami memohon bicara

Segaris senyumanmu pengubat luka
Tawamu pencetus semangat
Belaian mu penyembuh lara
Air matamu mendewasakan kami

Cinta hatiku. Sentiasa bersama sukaduka pahit manis kehidupan.
Terima Kasih Mama


Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil


Famliy baru dan besar :)

3 comments: