Tuesday, January 15, 2013

Bercerita Tentang Mereka


Permulaan 2013 adalah tidak menyeronokkan disebabkan terpaksa berhempas pulas menduduki peperiksaan. Ada 4 paper yang harinya tak de gap langsung! Memang tertekan! Tapi walaupun macam tu, exam sem ni macam best. Sebabnya kitorang akan buat study grup tepat2 12 malam. Memang berbaloi la buat macam tu  sebabnya cepat lagi serap masuk dalam otak. Terima kasih kat Mai, Bo, Radhi dan Ain yang berhempas pulas terangkan satu2 subjek sampai I cepat paham. Hehe

Lepas exam je kami plan g bercuti. Cuba teka g mana? Port Dickson! Aku pun tak faham lah kenapa setiap kali nak g bercuti mesti PD. T__T. Rasenya tiap2 tahun aku mesti g PD. Hurmm~ percutian kali ni sama macam dulu2. Tetap enjoy dan best walaupun kali ni bercuti dengan Geng Murp.






Gambar2 masa bercuti kat Port Dickson


Geng Murp ni terdiri daripada pelbagai background pendidikan, fahaman, ideology dan karekter. Yang sama karekter kitorang adalah semua annoying! Haihh dari kecik sampai lah sambung master asyik dapat kawan2 yang perangai @#$%^. Tapi ini  menyeronokkan sebab semua 1 kepala dengan aku. Aku pon kadang2 annoying juga J

Dalam kelas M.Urp ade 12 orang termasuk 4 orang foreigner. Eni (Albania), Sahar (Iran), Shaikha (UAE) dan Sajid (India) diorang ni pun sangat sporting dan baik. Senang bekerjasama walaupun kadang2 tu ade je percanggahan pendapat yang hebat! Haha. Kami hanya ber-8 dan semuanya puteri2 cantikss dan gojez gituuueww. Hehe

Dalam ber-8 ni 4 orang yang ber-degree sama dengan aku, batch SEBELAS. Nik Nadia Izyan yang kini telah bergelar  PUAN. Kecik2 da kahwin. Hehe. Orangnya kecik2 molek je, lemah lembut dan jaga tutur kata nya. Cuma mempunyai tangan dan jari jemari yang kuat. Dia pernah cubit aku dan terasanya sampai ke malam. Memang kuat dan sakit! Haha. Dan dia pakar buat map. Dia sorang je tahu pakai software nak buat map n transfer ke Photoshop. Yang lAin semua x tahu. Malas nak belajar. Haha.

Farhana Ramli a.k.a Bo. Why Bo? Why? Dalam loghat Kelantan bo bermakna light bulb. Bo ni umpama lampu yang menyinari seluruh warga UIA. Erghhhh~whatever. Bo ni tersangat annoying! Suka buat benda unexpected, garang, caring, tak kedekut (belanja aku 100plus), suka membebel dan baik hati. Dia lah selalu paksa aku pakai facial foam, pakai mask, toner, segala rawatan muka bagai sebabnya aku memang malas nak buat semua benda tu. Haha. Dan dia juga ketua yang adil dan firm (aku rase je Bo.mu jange kembe pulok.haha). selalu jugak buat sth yg akan mencetuskan bebelan aku. Contohnya tak sangkut baju secara proper dan main baling je dalam bilik aku. Dia sengaja je sebab nak suruh aku bebel. Haihhhh~ sem depan Bo da tak amek studio sebabnya dia masuk awal 1 sem dari aku. So, im gonna miss u darl! (even aku tahu mu mesti lepak bilik aku jugak nnt)

Bo!
Next, Maisarah Alias. Yang ni roommate aku. Annoying jugak. Sampai dah x ter-handle aku. Kadang2 tu rasa nak je tutup pintu bilik dan kunci supaya dia x masuk bilik aku sebab nya Mai selalu buat aku rase nak gelak dan sgt2 annoying lah! X tahu nak cakap macam mana da. Dia selalu buat aku marah tapi mesti aku x jadi nak marah dia sebabnya dia akan buat aku senyum balik! Last2 aku gelakk je.  Haha. Tapi Mai ni pandai, matured (dari segi pemikiran bukan perbuatan), caring, precise, pandai masak dan suka makan! Sama je Mai dan Bo. Pening aku nak layan budak dua orang nih. Selalu lah jugak share masalah dan bercerita. Ohh Mai hantu k-pop! Masa degree dulu aku ingat kan dia ni sombong tetapi tidak. Telahan aku sama sekali salah. Haha.

Sara
Nor ‘ADilah Habsirun (sila refer entri Geng Highway) Dilah pon dah xde sem depan. Dia dan Bo akan meninggalkan kami. Huhu. Meh lah aku sambung sikit tentang Dilah nih. Dari degree sampai ke master asyik berkepit dengan aku je, kenapa? Suka kann tiru aku. Haha. Dilah ni rendah daripada aku, kurus daripada aku, ukur lilit….. eh ke situ pulak. Haha. Dia ni cerewet bab pakaian, tempat tinggal dan kebersihan dan x cerewet bab makan. Senang je makanan dia, ayam seketul dengan kentang. Enough is enough! Haha. Suka sangat robot Gundam. Aku pon tak paham ape keistimewaan Gundam tu. Dari dulu sampai sekarang suka benda pelik2. Heh!



Sekarang kita cerita pasal junior masa degree pulak. Siti Radhiah Md Merzuki dan Siti Nurul Ain Mohd Zawawi ni junior architecture batch Ozen. Budak dua orang ni pun kadang2 penatt jiwa raga aku nak layan. Radiah a.k.a Radhi paling muda antara kitaorang. Berpandangan jauh dan sangat pintar. Masa mula2 jumpa dia masa first class, Nampak dia macam pendiam, sopan santun dan lemah lembut. Memang betul tu tapi bila dah kenal rapat, hahhh amek kau, true colours revealed. Bukan perangai tak senonoh tapi dia sangat sporting dan kelakar. Radhi juga pemurah, suka belanja kitorang yang sentiasa kekurangan duit. Haha. Juga peminat korea dan running man. Aku yang dulu x pernah2 tengok running man tetiba terjebak sama. Pengaruh rakan sebaya sangat. Haha.

Radhi
Ni seorang lagi kipas-susah-mati (die-hard-fan) k-pop terutamanya grup Shinee. Dingdingding ringring dong dong. Lagu Shinee. Haha. main taram je, sori Ain. Nurul Ain Mohad Zawawi, orang Kelantan, sangat fasih dan sangat pekat loghat Kelantan dia. Aku yang orang Kelantan sendiri pon kadang2 xleh nak tangkap Ain kecek gapo. Dia lah pengedar makanan tempatan yang sedap. kedai makan mana dia x pernah bawa kitaorang nun sampai Selayang jauhnya. Memang terbaik tom yam kat situ. Ain ni sporting. Suka bawa kitorang jalan2 naik Viva Forever kelabu dia. Sangat cikgu2 kalau explain pasal pelajaran dan masa presentation. Baik hati, x berkira dengan kwan2, rajin shake Herbalife dan annoying yang pasti. Haha.


Ain
The only one graduated from landscape architecture, Siti Fatimah Zahra’ Abd Kadir, personalitinya amat menarik. Seorang yang sangat feminine berbanding orang lain. Perwatakan pon men-tarik. Banyak cakap. Potpetpotpet x berhenti. Haha. Awal2 dulu macam pemalu. Hurmmm lama kelamaan sama naik je dengan semua orang. Petem (nama manja beliau) pernah menangis sebab Bo dan Mai kacau dia. Haha. Itu memang kelakar sebab budak dua orang tu memang suka kacau orang. Sangat mencintai Camera Nikon D300 nya (betul ke?), pandai snap dan edit gambar. Ohh bile bercakap tentang landscapers for sure jari jemari mereka sangat lembut menari di atas kertas. Sangat pandai sketch. Sketches yang Petem buat kitorang abadikan dalam final Special Area Plan kitorang. Ehehe. Time amek gambar muka nak macho je. Apakah?

Petem
Inilah sedikit sebanyak coretan untuk kamu semua.

To Ain;
This is not goodbye for all of us. Nanti awak kat New Castle kalau rindu kat kitorang nyanyi lah lagu aliff aziz,

“kalau rindu, blablabla..”
“kalau cinta, blablabla…”

Tak tahu lirik lagu nih. Haha. Awak  jaga diri ye. Bawa bekalan ubat secukupnya g sana nanti. Jangan tinggal sembahyang. Makan pakai cukup. Belikan saya I LOVE AU. Haha. Focus betul2 kat master awak. Belajar rajin2. Bile balik Malaysia nanti jangan lupakan kamiolllsss ok. See you gAin J. Ohh ye before awak terbang, mari kita buat makan2. Pas tu awak record perilaku kitorang. Saya nak joget Gangnam Style lah. Hehehehe. Will miss damn much bebeh J

To yang lain2;                                                                        
Doakan final exam kita dapat yang terbaik. Semester depan dengan azam baru, beg baru, baju baru, stoking baru (ececehh macam zaman sekolah pulak) kita ber5 dapat bekerjasama dengan sebaiknya menyiapkan Local Plan. Heuwhuew. insyaAllah marilah kita berjuang menyiapkan dissertation secepat mungkin dan bergraduasi bulan 10 nanti. insyaAllah. Bercuti ni jangan lupa tolong mak ayah, memasak, kemas rumah, tanam sayur, petik buah dan etc.

Bo dan Dilah, selamat menyiapkan dissertation korang. Weee~




Jumpa lagi J

p/s: gambar Yan dan Dilah xde. sorriiiiiiiiii :(

No comments:

Post a Comment