Sunday, August 26, 2012

SENTAPan Minda


Dalam dunia ini, walau di mana kita berada, mesti ada adegan terasa hati, makan hati, sentap2, sound2, umpat2, macam2 lah. Manusia tak boleh lari dengan sikap ni. Kekadang tu rimas jugak. Lagi2 situasi apabila kita berada di persimpangan dilemma. Mendengar apa yang di sound tapi tidak boleh bertindak balas ekoran daripada 2-2 pihak lawan adalah kawan. Hanya mampu melihat dan mendengar lepas tu rimas dan tertekan. Jom karoke dalam diam jika situasi ini berlaku kepada korang! #pakai earphone bukak lagu dangdut kuat2#

Pelbagai situasi menyentap berlaku. Kekadang tu belaku kat aku jugak. Eh eh eh!

SENTAPan pertama

A : By next year, aku nak beli kereta.
B : Aigooo! Kau tu lesen kereta pon xde. Amek test pon asyik fail je. Apa barang nak beli kereta.
A : #memendam rasa#

SENTAPan kedua

A : aku nak sambung study kat oversea lah. Aku da google info university kat sana. Kau rasa mcm mn?
B : Berangan sangat lah. Kau kat sini pon asyik tersangkut2 je. G kelas pon aku kejut. Nak exam baca nota aku jugak. Balik Malaysia nanti keje n gaji kau sama je ngn aku. Pas tu nak bayar hutang lagi. X payah okeh!
A : #terkulai layu#

SENTAPan ketiga

A : ok tak design nih? Cantik tak?
B : Hurrmmm~aku rasa design kau ni buruk. Dah lah bentuk dia pelik pas tu kau letak wall kat sini. Kau ingat kau ni best designer ke nak buat mcm ni? Aku rase baik kau tukar balik design ni. Tak pon kau refer design aku.
A : #gigit kuku#

SENTAPan keempat

A : Nyah, I ad problem ni. Tadi I g buat rambut. Di kalernya rambut I pakai Nippon cat. Depressed tau.
B : Nyah, boleh tak U setelkan sendiri masalah U? Tu masalah U bukan masalah I. I nk keluar ni. Nak g betulkan kuku kaki i. Okeh! Jangan depressed2 sgt. Bye nyah!
A : #lemah gemalai#

SENTAPan kelima

A : Jom g gym. Lepas tu kita jog nak?
B : Kau tu even masuk the biggest loser belum tentu boleh slim. Aku tahulah lah kau syok kat Leman. Duduk diam2 kat bilik je lah ternak lemak. Pergi gym pon bukan kau boleh kurus. Ohh sorry2 beb no offense!
A : #aku bunuh jugak kau ni!#

SENTAPan keenam

A : Awak, saya nak hantar balik softlan yang saya pinjam last week.
B : Hamboii. Awak guna sy punya x reti nak ganti balik. Ingat saya beli softlan tu pakai duit bapak awak. Dah lah pakai x reti nak letak kat tempat dia. Eiii~
A : #ketap bibir#

SENTAPan ketujuh

Situasi : A&C baru pulang dari shopping.
A : I rasa baju ni x cantik lah. Tadi masa nak beli x berkelip mata I tgk baju ni. Bile balik rumah cam buruk lah pulak.
C : Eh tak lah. Its suite u well lah. Kene dengan potongan bdan u.
A&C : Gelak2. Blablablabla.
B : Weh korang dua ni boleh senyap banyak tak. Tak Nampak ke I tgh tgk Melodi ni. Mulut korang I tampal uhu baru nak benti bercakap kot.
A&C : #mata terkebil2#

Kalau kat twitter aku follow SANTAPAN MINDA. Santapan Minda ni ok. Banyak nasihat dan pembakar semangat dari segi mental, fizikal, agama, etc. Baca kuatt2 share ngn kawan2 kat umah. Berkongsi bersama kan lebih baik. Tak gituu?


Situasi macam ni boleh terjadi kat sape2 pon kan. Kadang2 terfikir jugak apabila orang duk menyentap kita, buat kite nampak dia kecik besar kesik besar je, rasa nak tenyeh2 je kepala dia, rasa nak tampar je bibir dia tetapi dalam positive way nya kata2 dia boleh meransang anjakan paradigma kita untuk berubah. 

Cuba bayangkan kalau hari2 dia duk kutuk2 kita dan kita kuat kan diri ambil semua kata nista itu untuk berubah, insyaAllah kita boleh jadi more better kan? Cuma kekuatan batin dari dalam kene kuat lah untuk menerima tohmahan mereka. Mari berubah kawan2!

No comments:

Post a Comment