Saturday, May 28, 2011

rumah di tepi highway

Sudah lama tidak menjenguk dan mengupdate blog ku ini…kesibukan masa, ketidakadaan idea bercampur baur dengan kemalasan untuk menaip memandangkan tahap kelajuan penaipan aku adalah selaju sipot sedot berjalan…mungkin aku perlukan stamina dan kekuatan jejari untuk mendapatkan penaipan kuasa kuda…

Ok..sudah membebel sebentar…cerita yang akan aku poskan ini sudah lama bergema di dalam minda aku…da lama nak pos, tp tulah..manusia cm aku selalu bz…ececeh…

Rumah di tepi highway—cerita bermula pada tahun lepas lagi di mana aku bersam konco2ku mencari satu markas untuk membuat projek…jeng3x…excited nk tau?? Kami bertujuh EHA, JIJI, DILAH, FARAH, NIK, WANI, MIZAH yang di ketuai oleh aku (lantik diri sendiri menjadi ketua;p) mengsurvey di mana letak nya tempat paling strategic untuk menyiapkan projek studio kitaowang…lantas terfikirlah untuk menggunakan bilik usrah di blok c di mahallah yang perlukan di rahsiakan (atas sebab2 keselamatan penghuninya)…nak kata illegal x jugak…nak kta legal tak jugak penggunaan bilik tersebut kerana bilik tersebut memang di khaskan untuk budak2 kaed…menjadikan ia sebagai tempat bersantai, beradu, makan, minum, dan mengunci bilik itu ibarat ‘bilik itu bapak aku yang punya’ boleh menyebabkan kami semua di kompaun…Alhamdulillah sampai siap projek kami 2 sem x pena ag kena saman…tengok sape ketua (ade kaitan x?)

Setalah berminggu2 bermaustautin di bilik usrah, kami sering di hujani dengan kebisingan enjin moto oleh mat2 rempit yang melalui jalan di tepi mahallah…sekodeng punye sekodeng rupanya budak2 forener yg duk maen press moto…bising! Rasa cam nak cam baling tong gas je kat downg (cm la ade tong gas kat mahallah)…Selain itu, kedengaran jugak enjin2 keta, lori, bas, basikal dan macam2 lagi enjin yg mengganggu ketenteraman kami…mulai saat itulah kami memberi gelaran terhadap markas kami RUMAH DI TEPI HIGHWAY…

Di samping kesibukan kota dan harian kami, RDTH kami tidak penah lekang dengan tawa gembira….muka duk berkerut ngadap CAD n skecap sempat ag duk kutuk2 owng….mangsa ny adalah aku sebagai big boss…oh~kami sgt gembira…mkn sm2, tdo sm2, tgk muvi laen2, mandi laen2, melalak sm2, etc…sonok…walaupon bilik usrah tu serba kekurangan….ye lah tiap2 hr tdo beralaskan toto….sakit blakang maa…

Masa selebret bufday dilah n farah la paling best…ms sambot bday dilah, terkantaoi nk wat serperais party kat dy…adoiii….spoil tul la…dilah da bley agak ktowng nk party kat dy….kacau tol la dilah…wat2 la terkejot ke ape ke…last2 ktowng yg terkena serperais nye…hampek ko dilah!

Bufday farah pon best gak…ktowg sume kua g beli adiah n kek kat dy…tp dy x pasan pon ktowg sume hlg…tu la syok sgt tgk 90210…jam da lebey kul 12…ktowg juz wish je dulu (kek n adiah da ade)…reason, ktowg x sempat nk kua beli adiah kat ko, sowi la farah…g2 la lebey kurang ayat syahdu ktowg…then tetibe terkuar drama spontan antara aku dan eha…maka kecoh la jugak kekonon aku majukk ngn eha lari balik bilik…padahal nk g amek kek farah…and then serprais farah! Macho x ktowng? Wee~

Inilah seba sedikit cerita cne dapat nama RUMAH DI TEPI HIGHWAY…

No comments:

Post a Comment